Saturday, September 18, 2010

PROJEK AKAUN BERMULA TAHUN NIE 2010!!!

TUGASAN PROJEK PRNSIP PERAKAUNAN 3756/3 TINGKATAN EMPAT (OGOS-SEPT 2010)

Calon dikehendaki menyediakan satu set akaun yang lengkap berdasarkan dokumen sumber bagi sebuah perniagaan milikan tunggal yang menjalankan perniagaan menjual peralatan rumah tangga/pejabat seperti:

1.Kedai Perabot
2.Kedai Alatan Elektrik
3.Kedai Komputer
4.Kedai Pinggan Mangkuk

Panduan Pelaksanaan Tugasan Kursus:

1.Sediakan dan patuhi jadual pelaksanaan tugasan projek

2. Nama dan alamat bank haruslah nama dan alamat sebenar

3. Jika berlaku angkutan masuk gunakan bil tunai atau resit

4. Jika berlaku pulangan jualan :

         a. jika barang dipulangkan kerana salah jenama masukkan dalam kad stok

         b. jika barang yang dipulangkan kerana rosak, tidak perlu dimasukkan dalam kad stok.

5. Setiap barangniaga (item jualan) haruslah dicatatkan dalam kad stok yang berbeza. Contoh kalau ada 4 jenis barangniaga yang berbeza bermakna perlu sediakan 4 kad stok.

6. Sila tokokkan harga jualan dengan nilai yang lebih tinggi, kalau boleh setinggi 100 peratus daripada harga belian.

7. Dokumen tidak semestinya 40 dokumen kerana diskaun tunai juga dianggap sebagai satu urusniaga yang berasingan.

8. Pemiutang untuk aset harus dibayar sepenuhnya dalam tempoh urusniaga selama sebulan bagi mengelakkan kekeliruan dengan pemiutang barang niaga.JADUAL MENYIAPKAN TUGASAN PROJEK (Cadangan)

No comments:

Post a Comment